Tuesday 20 September 2011

Gambar Laluan Peserta Jamboree Sejarah Karnival Lipis 2011

                                 

Salam 1 Malaysia

Jamboree Sejarah Karnival Lipis 2011 kali ini menyajikan anda trek cross country yang agak sederhana,
15km road dan 30km offroad melalui kawasan Bandar Kuala Lipis dan sekitar perkampungan, ladang sawit, ladang getah dan landskap hutan hijau. Sangat sesuai untuk rider-rider untuk menguji tahap kemampuan masing-masing untuk menjelajah laluan yang ditetapkan dalam masa 5jam
. Kami menjanjikan kepuasan berkayuh hingga ke garisan penamat.

Monday 19 September 2011

Tarikh Jamboree Sejarah Karnival Lipis 2011 ditunda ke 30th October 2011


Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, tarikh Jamboree Sejarah Karnival Lipis di ubah dari 9/10/2011 kepada 30/10/2011.Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Jai 012-6732973. Terima Kasih. Kami memohon maaf atas segala kesulitan

Friday 16 September 2011

T-Shirt Jamboree Sejarah Karnival Lipis 2011

DEPAN

BELAKANG


T-Shirt Jamboree Sejarah Karnival Lipis 2011 diperbuat dari material quick dry dan menjanjikan keselesaan.
Menyerap peluh dengan pantas dan tidak memanaskan badan.
Poster di bahagian hadapan dicetak menggunakan teknologi digital printing.
Segera daftar Jamboree Sejarah Karnival Lipis, ada lebih 200 hadiah cabutan bertuah telah disediakan dari para penaja kami.
Jumpa di LUALA LIPIS nanti...

Saturday 10 September 2011

Hadiah Lucky Draw Jamboree Sejarah Karnival Lipis 2011

Salam 1 Malaysia
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke 54

Setelah sekian lama tidak dikemaskini blog ini, hari ini pihak kami dengan sukacita ingin mengumumkan hadiah-hadiah Lucky Draw pada Jamboree Sejarah Karnival Lipis 2011

Sebuah MTB POLYGON RED SCORPION Silver/Red
(spesifikasi : Deore 9 Speed dan brake hydro)



Selain dari itu terdapat 3 frame berjenama yang menanti anda.



 
Banyak lagi hadiah-hadiah yang disediakan. Nantikan dalam masa terdekat ini kami akan update lagi di blog ini. Tungguuuuuu........